Lilypie Third Birthday tickers

Thursday, May 7, 2009

Pengajaran

Harga sebuah kereta dan ANAK...


ingatlah.......marah mcm mana sekalipun, jgnlah
bertindak keterlaluan................

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di
kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja..

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun..
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat.. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi
kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri
kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu
langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu
melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran,
berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa
punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari
keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat
wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras
kepadanya, dia terus mengatakan

"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba
berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat
ayahhh..... cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti
selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di
depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak
mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan
anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa.
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian
tangan kiri anaknya..

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu,
pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil
menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula
terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu
rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu
tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak
bengkak.. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas
tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu
yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk
anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu
rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu..

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk
bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu
rumah, dia menutup semula pintu..

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu
tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap"
kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke
klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana
keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil
bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang
terjadi sudah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu
dipotong dari sik ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat
dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak.. Dengan berat hati dan
lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani
surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius
yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga
terpinga-pinga melihat kedua-dua

tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan
ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat
mereka semua menangis..

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah
bersuara dalam linangan air mata...

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah
pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.." katanya
berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang
wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu
meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil..
Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam
mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah
terjadi, tiada manusia dapat menahannya.



ANTARA ANAK DAN KERETA?YANG MANA LEBIH BEHARGA?

2 comments:

Anonymous said...

sedihnye cerita.. semoga menjadi iktibar kepada semua.. sayangi anak yang dikurniakan Allah..

iDAN said...

harta boleh dicari, kasih sayang mana mungkin boleh dijual beli...! ianya anugerah Ilahi.

Marahkan anak janganlah terlalu lama, apatah lagi anak-anak yang belum peka tentang erti kemewahan dunia.