Lilypie Third Birthday tickers

Wednesday, May 13, 2009

1...2...3...4

1234

Satu..kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua…sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu.

Tiga..lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat..mudah kau ke temu
berhati selalu beza antara
kasih dan kekasih

Ibu,
Ku ingat dahulu
Menyisir rambutku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang,
Dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai,
Kau beroleh bahagia
Ingat itu bukan untuk selamanya

Andai,
Kau dalam sengsara
Ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara…

Sunday, May 10, 2009

10May2009 selamat hari ibu

salam semua..
tarikh hari nie adalah hari bermakna bg semua ibu di dunia..utk isteri ku jua selamat hari ibu dan terima kasih kerana melahirkan anak aku...semoga Allah merahmati mu dgn memberi ganjaran sebesar-besar utk kerana pergorbanan mu terhadap diriku dan anak ku..

tahun 2009 nie pula genap 11 tahun ibu kandung ku meninggalkan ku ..kasih mu dan pesanan mu tak dpt kulupakan hingga kini..aku sentiasa mendoakan mu ..segala pergorbanan tu tak terbayar sampai biler...susuan yg mak beri untuk membesarkan ku tak terbalas..mak saya sayang mak ..saya sedih kerana x sempat nak jaga emak ...mak tak sempat melihat saya bahagia ...bermain dgn cucu mak anak dari hasil kebahagian hidup saya ..mak segala nyer buat saya ...ketika mak tinggal saya dulu ..saya putus asa saya mcm tak percaya mak dah tinggalkan saya ...saya tak mau apa2 pun didunia ...tapi pesanan mak utk saya jadi org yg berguna buatkan saya tersedar ...mak ampun dosa saya ketika remaja saya selalu bantah ckp mak..setiap subuh mak kejutkan suruh solat ..dan mak mintak saya bukak radio sebab mak tak tahu nak adjust channel radio 1 ,mak nak dgr ceramah kisah nabi oleh ustaz daud che ngah ...kadang saya tertinggikan suara ..ampun dosa saya mak ...ikhlas dihati saya ..tak terniat pun utk berbuat demikian ..mak ampun saya mak..layanan mak pada saya tak akan saya lupa ..kalo demam mak suapkan saya makan mak jaga saya ..sampai semua adik beradik lain terpaksa senyap sebab mak marah jgn bising sebab saya demam ...terima kasih mak kasih teringat mak menangis biler pertama kali pisah dgn saya sebab pada umor 16 saya masuk sekolah teknik ..rupa pada tahun jugak mak pergi buat selama nyer..semoga Allah merahmati mak di sana ..saya kan sentiasa mendoakan mak ...agar ditempat di kalangan org yg beriman ...Ya Allah ampun kan segala dosa ibu ..

buat mak selamat hari ibu ..saya pohon ampun dan maaf halal kan susuan dan makan minum yg mak telah berikan pada saya ..InsyaAllah selagi ada hayat saya saya takkan lupa untuk mengunjungi pusara mak ....sehingga biler2 saya tetap rindu kan mak ..dan ketika ini saya menangis utk mak ...


buat mak ainon selamat hari ibu jugak semoga bahagia bersama ayah.terima kasih kerana jaga Saya ...




Saturday, May 9, 2009

9 MEI 2009

helmet samson Arai gp1



mesh jaket arai...

cute anak ayah nie...




tarikh 9 mei 2009..genap... 1 tahun 3 bulan umor najihah ...hari nie jalan2 bawak dia ..gi tgk barangan motor . heheheh bukan dia yg nak pergi tapi aku ler sebenar berhajat sebab nak cari helmet fullface dan jaket ..dari rumah kiter org terus ke sebuah kedai motor superbike di puchong kat situ ada ler sebiji helmet yg terkenan dihati so beli ler helmet ....dari puchong ke shah alam nak cari kedai welly superbike tapi kat situ aksesori yg ada amat mengecewakan kerana tak banyak pilihan...akhir pergi kedai YY Pang pembekal barangan racing utk motosikal di taman sri muda shah alam ..kata situ aku angkat sehelai jaket arai ...sebab rega dia aku mampu ler jugak berbanding yg lain mahel giler....sambil jalan2 sempat ambik gambar najihah posing atas sebiji yamaha r6..hehehe najihah itu motor idaman ayah ...nanti najihah tolong beli untuk ayah ek...ayah nak upgrade nanti heheh.

Thursday, May 7, 2009

Pengajaran

Harga sebuah kereta dan ANAK...


ingatlah.......marah mcm mana sekalipun, jgnlah
bertindak keterlaluan................

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di
kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja..

Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun..
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat.. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi
kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri
kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu
langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu
melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran,
berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa
punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari
keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat
wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras
kepadanya, dia terus mengatakan

"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba
berlari keluar dari bilik.

Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat
ayahhh..... cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti
selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di
depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak
mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan
anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa.
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian
tangan kiri anaknya..

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu,
pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil
menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula
terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu
rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu
tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak
bengkak.. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas
tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu
yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk
anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu
rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.

"Bagi minum panadol tu," balas si ibu..

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk
bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu
rumah, dia menutup semula pintu..

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu
tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap"
kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke
klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana
keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil
bapa dan ibu kanak-kanak itu.

"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang
terjadi sudah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu
dipotong dari sik ke bawah" kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat
dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak.. Dengan berat hati dan
lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani
surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius
yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga
terpinga-pinga melihat kedua-dua

tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan
ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat
mereka semua menangis..

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah
bersuara dalam linangan air mata...

"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah
pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.." katanya
berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang
wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu
meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil..
Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam
mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah
terjadi, tiada manusia dapat menahannya.



ANTARA ANAK DAN KERETA?YANG MANA LEBIH BEHARGA?

Pesanan dan ingatan

Lain Yg Dibungkus, Lain Yg Berisi..

Kalau ada 3orang berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kite.. Selang beberapa hari, orang pertama ( Abg Li, Bukan nama sebenar )memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..Orang kedua pulak (Abg Zar, Bukan nama sebenar) memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tak berbasuh.. Pinggan tersebut kita la yg basuh sampai bersih, lepas tu barulah diletakkan di tempat yg sepatutnye..Orang ketiga pulak (Abg Ree, Bukan nama sebenar) memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tak boleh nk dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tak ade nilainye lagi.. Tak de pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..Begitulah jua halnye dgn Allah Taala.. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita.. Iaitu syurga..Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga..Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..Jd smentare kite ade mase untuk jadi spt pinggan yang dipulangkan dalam keadaan bersih, buat lah sesuatu. Kalau kite nak kn perubahan kite kene berubah. Bungkuslah sesuatu yang kite dah pasti mmg ade isi, Jangan lain yang kite bungkus, Lain pulak yang berisi..