Thursday, May 7, 2009
Pengajaran
ingatlah.......marah mcm mana sekalipun, jgnlah
bertindak keterlaluan................
Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di
kota-kota besar -meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja..
Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun..
Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.
Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat.. Dia pun melakar simen
tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada
marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.
Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi
kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri
kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu
langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu
melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran,
berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa
punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari
keluar. Dia juga beristighfar.
Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat
wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras
kepadanya, dia terus mengatakan
"Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau
buat?" herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba
berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat
ayahhh..... cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti
selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di
depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak
mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan
anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa.
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian
tangan kiri anaknya..
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu,
pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil
menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula
terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu
rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu
tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak
bengkak.. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas
tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu
yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk
anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu
rumah.
"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu..
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk
bilik pembantunya.
Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu
rumah, dia menutup semula pintu..
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu
tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap"
kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke
klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana
keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil
bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar
kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang
terjadi sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu
dipotong dari sik ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat
dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak.. Dengan berat hati dan
lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani
surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius
yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga
terpinga-pinga melihat kedua-dua
tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan
ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat
mereka semua menangis..
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah
bersuara dalam linangan air mata...
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah
pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.." katanya
berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang
wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu
meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil..
Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam
mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.
Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah
terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
ANTARA ANAK DAN KERETA?YANG MANA LEBIH BEHARGA?
Pesanan dan ingatan
Kalau ada 3orang berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kite.. Selang beberapa hari, orang pertama ( Abg Li, Bukan nama sebenar )memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..Orang kedua pulak (Abg Zar, Bukan nama sebenar) memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tak berbasuh.. Pinggan tersebut kita la yg basuh sampai bersih, lepas tu barulah diletakkan di tempat yg sepatutnye..Orang ketiga pulak (Abg Ree, Bukan nama sebenar) memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tak boleh nk dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tak ade nilainye lagi.. Tak de pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..Begitulah jua halnye dgn Allah Taala.. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita.. Iaitu syurga..Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm syurga..Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..Jd smentare kite ade mase untuk jadi spt pinggan yang dipulangkan dalam keadaan bersih, buat lah sesuatu. Kalau kite nak kn perubahan kite kene berubah. Bungkuslah sesuatu yang kite dah pasti mmg ade isi, Jangan lain yang kite bungkus, Lain pulak yang berisi..
Monday, April 27, 2009
kuda Hitam 250

setelah lama mencari akhir..naked 250 yg mampu setakat nie...itu pun setelah di trade dgn vs150 ...so makna nyer aku jadi mat scooter hanya bertahan 7 bulan ...vs150 bertukar tangan dgn org lain dan...manakala naked 250 aka kuda hitam ..nie ler akan menjadi kenderaan tunggangan aku pada ketika ini harap dapat bertahan lama..dan semoga dia memberi khimat yg terbaik pada aku...
Tuesday, April 14, 2009
KOSONG....
Kosong bagi seseorang boleh dianggap penuh oleh orang lain.
Sebaliknya, penuh bagi seseorang boleh dianggap kosong oleh orang lain.
KOSONG dan PENUH - kedua-duanya merupakan produk dari “fikiran” anda sendiri. Sebagaimana anda memandangi hidup demikianlah kehidupan anda. Hidup menjadi bererti, bermakna, kerana anda memberikan erti kepadanya, memberikan makna kepadanya.
Bagi mereka yang tidak memberikan makna, tidak memberikan erti, hidup ini ibarat lembaran kertas yang kosong…
“Dan sesiapa yang berjuang (menegakkan Islam) maka sesungguhnya dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk” (al-Ankabut:6)
Monday, April 13, 2009
Musim hujan...
dah lama x update blog nie ...hmm yela kadang-kadang tak tahu nak tulis ape ...tapi utk up balik blog nie ..malam nie aku coretkan serba sedikit ...walaupun sebenar tak ada nak tulis ...
skrg dah bulan april ..sekejap jer mase berlalu dan skrg dah suku tahun 2009 ...perdana menteri pun dah tukar ...hehehe bulan april nie plak selalu hujan ..jadi pergerakan agak terbatas...tempat keje plak bebudak tgh final exam ..manakala staff plak dok sibuk aktif dgn sukan staff aku jugak terlibat tapi just sambil2 jela ...
tentang cik syarifah nurfarah najihah ...hmm dia skrg makin aktif ...kadang penat aku layan nyer ..tapi biler melihat sengih ..tawa..senyum ..geram pun ader terubat penat ...dan diam tak diam dia dok kl bersama aku dah hampir 4 bulan ...umi dia balik seminggu sekali dari penang ..InsyaAllah penantian akan berakhir apabila umi dia kan terus menetap di kl pada pertengahan julai ini ...
mei nie plak tak ade plan lg tapi kalo ikutan aku ader gathering bekas2 pelajar politeknik ungku omar ...jadi ker tak tak pasti lg ...tapi harap jadi ler nak jumpa rerakan lama ..dan kebanyakan dah berkuarga termasuk ler aku...
ok ler aku dah ngatuk nie nanti kalo ade ape akan ku update ek ...
Tuesday, February 24, 2009
keluhan perantau
Angin senja yang membelai
Keheningan desa permai
Ku terkenang kemesraanmu
Di dalam oh rinduku
Ku kembara berkelana
Dan membawa hati luka
Di manakah kan ku temui
Sinaran cinta suci
Dari desa ku merantau
Ku memburu cita-cita
Walau apa rintangannya
Ku cuba mencari bahagia
Keluhanku di rantauan
Tak siapa mendengarkan
Mungkin esok kan ku temui
Sinaran cinta suci
Sunday, February 22, 2009
Hanya engkau yang mampu
Ku cuba redakan relung hari
Bayangamu yg berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..
Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..
Aku cinta oooohhhhhh….
Aku cinta ooooooo…..
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Oooooooooo….