Lilypie Third Birthday tickers

Saturday, November 8, 2008

10 tahun yang lalu

1 Nov lepas, aku menjejaki kenangan 10 tahun yang lalu di mana aku bersekolah di sekolah men. teknik kerian, bagan serai, perak. Sekolah yang penuh memori, suka duka, pahit manis untuk aku belajar hidup berdikari. Terima kasih kerana di sinilah bermulanya kehidupan aku tanpa keluarga. aku belajar membuat segala keputusan untuk diriku sendiri. setidak-tidaknya, pengalaman aku berada di sini, aku dapat kekuatan untuk tempuh masa hadapan dengan sendiri. Betul kata org tua-tua, pengalaman akan mendewasakan pemikiran.

Setelah 10 tahun, sekolah ini dah banyak berubah, lanskapnya, suasana persekitaran, dah jauh berbeza.Ini lah yang dinamakan kemajuan.Aku sempat masuk ke kawasan sekolah serta asrama, dewan makan di mana tempat-tempat inilah yang membuatkan aku rasa seakan aku berada 10 tahun yang lalu. Najihah dan isteriku turut serta melihat persekitaran sekolah ini.

Dibawah ini, sekeping gambar yang sempat kuabadikan selepas 10 tahun aku meninggalkan zaman persekolahan. Akhir kata, terima kasih pada sekolah men. teknik kerian serta warga sekolah kerana berjaya mendidik anak bangsa seperti aku ini.

Friday, November 7, 2008

TERINGIN NAK BELI MOTOR NI


Hmm biler ler nak merasa pakai ...idaman nie ...